Soalan Lazim

1. Berapa lama penghantaran?

Semenanjung Malaysia: 1–5 hari bekerja
Sabah & Sarawak: 3–10 hari bekerja
Tempoh bergantung sepenuhnya kepada kurier dan mungkin berbeza mengikut lokasi serta keadaan semasa.

2. Boleh custom bentuk atau potongan puzzle?

Tidak boleh. Semua potongan menggunakan bentuk dan corak standard. Lokasi potongan juga rawak.

3. Gambar apa yang boleh digunakan?

Kami menerima hampir semua gambar berkualiti dan sesuai dicetak. Kami tidak menerima gambar lucah atau gambar untuk tujuan keagamaan.

4. Produk ini dibuat di mana?

Semua produk dihasilkan secara tempatan di Alor Setar, Kedah.

5. Boleh tolong edit gambar saya?

Boleh, terhad kepada penambahan tulisan dan pelarasan supaya sesuai dengan bentuk puzzle. Editing terhad 1 kali. Untuk perubahan tambahan, pelanggan diberi link Canva untuk ubah suai sendiri.

6. Puzzle yang telah siap dipasang boleh dicabut semula?

Boleh. Kami tidak menggunakan gam; setiap kepingan direka kemas dan boleh dicabut semula.

7. Apakah jenis frame yang digunakan?

Semua frame menggunakan material kayu. Kebanyakan saiz ialah frame stand. Saiz A3 menggunakan frame sesuai untuk gantungan di dinding.

8. Berapa lama proses cetakan?

Standardnya 1 hari bekerja, Sabtu hingga Khamis. Musim peak atau jumlah tempahan tinggi mungkin mengambil masa lebih lama.

9. Boleh pos segera?

Tempahan sebelum 2.00 petang, Sabtu hingga Khamis, akan cuba dihantar pada hari sama. Bergantung kepada jumlah tempahan dan keadaan semasa; kelewatan akan dimaklumkan.

10. Puzzle mana yang sesuai untuk saya pilih?

Kepingan lebih banyak dan kecil sesuai untuk gambar/design yang banyak detail. Kepingan lebih besar dan kurang sesuai untuk permainan mudah dan santai. Hubungi kami jika tidak pasti.

11. Adakah puzzle mempunyai papan lapik?

Papan lapik hanya untuk A4 80 keping dan A5 30 keping. Model lain tidak disertakan papan lapik.

12. Bagaimana cara menghantar gambar?

Selepas pesanan, hantar melalui WhatsApp / Telegram: 010 2069 509 atau Email: bro@wankraf.my. Sertakan Order ID bersama gambar.

13. Boleh hantar gambar sendiri?

Ya, selagi jelas, berkualiti dan sesuai dicetak. Pelanggan bertanggungjawab memastikan kebenaran menggunakan gambar.

14. Adakah privasi gambar saya terjamin?

Ya. Kami menghormati privasi dan tidak berkongsi atau menggunakan gambar untuk tujuan lain tanpa kebenaran. Gambar hanya digunakan menghasilkan produk ditempah.

15. Boleh tukar gambar selepas dihantar?

Boleh, selagi proses penghasilan belum bermula. Hubungi kami secepat mungkin.

16. Bolehkah saya dapatkan preview tempahan?

Boleh, terhad kepada 1 kali. Preview hanya gambaran keseluruhan; bentuk dan lokasi potongan tidak ditunjukkan kerana dibuat secara rawak.

17. Boleh batalkan tempahan?

Boleh jika produk belum diproses. Jika penghasilan telah bermula, pembatalan tertakluk kepada budi bicara penjual.

18. Produk sampai dalam keadaan rosak. Apa perlu saya buat?

Hubungi kami secepat mungkin dan sertakan gambar atau video sebagai bukti. Kami akan semak dan cuba memberikan penyelesaian bersesuaian.