Terms of service
Dengan membuat pesanan di website kami, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma berikut:
- Untuk produk custom, pelanggan perlu menghantar gambar yang jelas selepas membuat pesanan.
- Pelanggan bertanggungjawab memastikan maklumat dan gambar yang diberikan adalah betul serta mempunyai kebenaran untuk digunakan.
- Proses penghasilan produk hanya akan dimulakan selepas gambar dan maklumat yang diperlukan diterima.
- Sebarang perubahan selepas proses penghasilan bermula mungkin tidak dapat dibuat.
- Kami berhak menolak gambar atau pesanan yang tidak sesuai dengan polisi kami.
- Tempoh proses dan penghantaran adalah berdasarkan anggaran dan boleh berubah mengikut jumlah tempahan, musim peak dan perkhidmatan pihak kurier.
- Untuk produk custom, pembatalan selepas proses penghasilan bermula adalah tertakluk kepada budi bicara pihak penjual.
- Dengan membuat pesanan, pelanggan dianggap telah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di website ini.