Refund policy

Oleh kerana produk custom dibuat berdasarkan gambar dan permintaan pelanggan, pesanan custom tidak boleh dibatalkan atau dipulangkan selepas proses penghasilan bermula kerana perubahan fikiran.

Sekiranya produk diterima dalam keadaan rosak atau terdapat kesilapan daripada pihak kami, sila hubungi kami secepat mungkin dan sertakan gambar atau video sebagai bukti.

Kami akan menilai masalah tersebut dan menawarkan penyelesaian yang bersesuaian, seperti penggantian produk atau bayaran balik.

Kami sentiasa berusaha memastikan setiap pesanan sampai kepada anda dalam keadaan yang baik.